Friday, October 23, 2009

kesinambungan bunga2 cinta...

kite lupakn jap sume mslh2 picisan...lets chekadout shortlist lagu-lagu yg layak ke semifinal muzik2 tahun ini!!

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 2009

Pada jam 4.30 petang tadi, telah berlangsung sidang media pengumuman lagu-lagu yang berjaya memasuki Separuh Akhir Muzik-Muzik di perkarangan Sri Pentas. Sebanyak 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik telah diumumkan dan artis serta wakil telah mencabut undi giliran.

Mereka adalah:

* lagu yg bold tue ialah lagu yg aku suke!!!suke giler!!!

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.

* sumber : http://www.budiey.com/

zumiela7 said ~ pesal lak xder atok c-ti??? lagu2 thn nie xbest langsung..... aperpown, vote giler3x utk misha omar...Cinta Adam & Hawa...musti menang pnyer lah.. aritue dh menang aim..misha, lets repeat wat u have done at AJL 03...

1 comment:

fndrocka said...

wah...format baru.bagus juga buat camtu...maknanya peluang terbuka utk setiap lagu tanpa ikut kategori..

aku suka lagu fikirlah dgn bercinta

fndrocka.wp.com!utk exchange link