Monday, May 3, 2010

diuji???...pulak dah


hari nie tetibe dirasekan spt selesema aku smkn berleluasa..
start waktu cuti hari tue dah, tp ingatkan ok je...
jadi ku pikir, lantak aja..
tapi dh mula menjadi~jadi nie..
byk suda tisu aku yg abiss...aduss

cmne erk???



jawapan paling senang nye,
MAKANLAH UBAT!!!

[pelikla pesal waktu tulis previous post, ok je..
bile publish, jd jarak2 jauh..musti pelik org tgk post aku tue...hehe]

esok pulak test SpeAKiNG MUeT...
pukul 11.00 pg (aku sesi kedua)
TOBAT gabra gile..



ade sesape nak tolong ganti???

berbalik kpd selesema,
mmg selesema giler argh...

elok2 nak feel healthy awl bulan nie,
dah sakit menjelma
PULAK DAH!!!!


minggu nie dh start stuDy weekz
tapi aku rileks je...maleh gile nk study... [bajet star la tue]
PULAK DAH!!!!

takowt dgn test speaking esok,
tapi wat rileks je..maleh nk practise2,
PULAK DAH!!!

ntah mengape, terngiang2 di neuron dlm otak ku ini, teman aku bernasihat,

SENTIAseLah bermuhasABah diri
menilai diri
menghisab diRi


[insyaallah akan aku lakukan]


kenape kite sering diuji??,
[teringat lagu Sesekali diuji oleh N.i.c.E]
NIE nak share nie

aku jumpe info nie dekat laman nie...
diskusikpjm


3 SEBAB ALLAH MENGUJI MANUSIA


1. KIFARAH

Kifarah adalah ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika ketika itulah ia diuji oleh Allah. Tuhan menjadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai tebusan untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Tuhan membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya dari balasan di Akhirat.

Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di Akhirat. Dengan kifarah orang baik itu akan mendapat peringatan dan amaran atas kesalahan dan keterlanjurannya lalu bertaubat kepada Allah.

"Dan Kami timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar
(Az-Zukhruf : 48)"


zUMieLaKate :: mungkin kite dalam kalangan mereka ini???

2. BALA

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum di Akhirat dengan hukuman yang lebih berat. Dengan kemurkaanNya Allah turunkan kepedihan di dunia lagi sebelum diazab di neraka. Mereka akan diazab dua kali, pertama di dunia dan kedua di negeri Abadi.

Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan.
Umat Nabi Nuh ditenggelamkan banjir, Firaun ditelan Laut merah, Qarun ditelan bumi, kaum ¡®Aad, Tsamud oleh hujan batu dan bencana alam yang lain.

"Dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
(At-Taubah : 74)"

zUMieLaKate :: mungkin kite dalam kalangan mereka ini???


3. IBTILA'

Ini adalah ujian terhadap orang baik yang sedang melakukan kebaikan. Ini adalah tanda kasih-sayang Allah kepada hambaNya yang taat. Justeru dengan Ibtila hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan pula darjatnya di sisi Tuhan. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah dari Tuhan. Maka dengan ujian bentuk inilah ada kalangan para Rasul ditingkatkan ke darjat Ulul Azmi yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, Ibtila ialah ujian ke atas orang baik yang sedang melakukan kebaikan. Golongan para Nabi, siddiqqin, syuhadaq dan solehin adalah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk Ibtila ini.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah : 214)"


zUMieLaKate :: mungkin kite dalam kalangan mereka ini???





jadi, mmg normal sesekali kite mengeluh dan mula menyalahkan orang itu, ini dan sesape di skllng kite bile masalah menjelma, tapi realitinye, bykkn bersabar dan berfikir

(byk orang berfikir en menilai diri ketika susah, jarang waktu senang orang nak bermuhasabah diri..huhu..akula antaranye)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286 .

jadi, sbrnye, kite mampu atasi problem tue, tapi kite je yg sokmo fikir negatif..

teman aku juga pernah berpesan,

sntiase ThinK POSitive

ingat,

Lihat MasaLah sebagai satu peLuang

[teringat lagi mcm ne aku wat analogi gile psl ayat nie..hehehe]

[nak abis dh nescafe nie..ermmm]

okla, nak pi solat en tgk DH episode 21 season 6
(baru abis download tadi)

:: harap2, byk yg dpt manfaat dari ape yg aku share hari ini ::

(akhir2 nie sokmo asyik autosave failed)
(sodap pulak aku makan mempelam yg rumatez aku bawak dari umah nie..hehe)

kalu byk mende yg aku mengarut kat post nie, sorila sbb biasela,
orang sakit niey otak die kecelaruan ckit...hehe

5 comments:

NuRuL aLia said...

gud luck speaking nnti zaim!

mE iS aS said...

gabra bnde...ko kn terer beb...

Bro Framestone said...

jg kesihatan tue...

muet sonang je tue... wat yg terbaik ek

BroFramestone Blog

pInKy LoVeR said...

hahha..pdan muka...get well soon..mkn ubt...

zumiela7 said...

thanxss guys 4ur wishes... alhamdulillah, okla...sume bjln lancar...